Total Pageviews

Wednesday, 13 April 2011

Destinasi Pelancongan di Malaysia ( Kudat )

Dengan jarak sejauh kira-kira 200 kilometer, perjalanan dari Kota Kinabalu (dengan kelajuan biasa) akan mengambil masa kira-kira 180 minit. Tetapi jika untuk satu pemanduan santai, sambil menikmati pemandangan bumi hijau yang bertuah, sudah tentu mengambil masa lama sedikit daripada itu.

Sekadar makluman kepada pembaca yang belum pernah berkunjung ke Sabah dan Kudat khususnya, laluan ke Simpang Mengayau tidak sukar atau mengelirukan kerana terdapat banyak tanda arah disediakan.

Kita tidak akan tersesat jalan kerana sebaik memasuki daerah Kudat, kita dialu-alukan dengan papan tanda merentangi jalan utama “Selamat Datang ke The Tip Of Borneo, Tanjung Simpang Mengayau’.
                                                
                                               
                                                              Tanjung Simpang Mengayau

                            
          Papan tanda merentangi jalan raya ini memudahkan pengunjung ke Simpang Mengayau

Satu kilometer sebelum ke persimpangan jalan ke tanjung berkenaan, terdapat lagi papan tanda sebelah kiri, diikuti papan tanda kedua sejauh 500 meter dan akhirnya di persimpangan utama masuk juga terdapat papan tanda arah. Dan di setiap simpang ke lokasi turut disediakan papan tanda arah yang mudah untuk dilihat pemandu.

Perjalanan ke Simpang Mengayau tidak membosankan. Di sepanjang perjalanan dari Kota Kinabalu melewati Tuaran, Kota Belud dan Kota Marudu, kita disajikan dengan pemandangan cukup indah dan menakjubkan. Kehijauan sawah saujana mata memandang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu (tapak warisan dunia dan merupakan satu lagi destinasi pelancongan terkemuka di Sabah) serta suasana tradisi kehidupan masyarakat pribumi Sabah dapat disaksikan dengan jelas.

Perjalanan ke Simpang Mengayau juga tidak merugikan. Ia satu pengalaman sangat berharga kerana di situlah hujung bumi Sabah dapat dipijak.

Pantai di sekitar Tanjung Simpang Mengayau



Paparan maklumat ini memudahkan pengunjung mengetahui sejarah Simpang Mengayau


Berdiri di hujung tanjung, kita dapat melihat dua lautan – Laut China Selatan di barat dan Laut Sulu di bahagian timur. Di bahagian timur jelas kelihatan Pulau Balambangan dan Karakit dan di bahagian belakangnya pula Pulau Mangsi (sebuah pulau kecil terletak di wilayah selatan Filipina).


Di penghujung tanjung ini juga merupakan laluan utama kapal dan pedagang dari timur dan barat sejak dahulu. Malahan, tidak jauh dari tanjung berkenaan diletakkan sebuah pelampung oleh pihak Muzium Sabah kerana di situ terdapat bangkai sebuah kapal dagang besar yang tenggelam beberapa dekad yang lampau.

Justeru, bagi orang Sabah sendiri, adalah satu kemestian untuk kita berpijak di Tanjung Simpang Mengayau. Ini negeri kita, maka kita harus mengenali negeri sendiri. Seperti juga Gunung Kinabalu yang menjadi kebanggaan rakyat Sabah, kita mesti menaklukinya dahulu sebelum orang luar mendahului kita, sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

Kini pelancong asing berpusu-pusu melawat ke Simpang Mengayau dan Gunung Kinabalu (tapak warisan dunia), maka orang Sabah sendiri tidak harus duduk berdiam diri mendengar cerita mengenainya saja. Berkunjunglah ke destinasi ini setiap kali ada peluang dan kesempatan masa supaya kita tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.

Tanjung Simpang Mengayau terlalu istimewa. Apatah lagi dengan keindahan panorama semulajadinya, kedudukan topografinya serta cerita lagenda di sebaliknya. Ruangan kecil ini tidak cukup untuk menceritakan segalanya.

Tetapi usaha dan inisiatif mempromosikan Simpang Mengayau harus diberi pujian, khususnya kepada Kementerian Pembangunan Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah yang sebelum ini diterajui wakil rakyat Kudat sendiri, Tan Sri Chong Kah Kiat (sebelum beliau melepaskan jawatan daripada Kabinet Sabah pada 16 April 2007). Sekalung tahniah diucapkan kepadanya kerana tanpa Simpang Mengayau, mungkin tidak ramai pelancong akan bertandang ke situ sehingga hari ini.

Bagi kerajaan Sabah, sememangnya industri pelancongan menjadi keutamaan kerana ia dikenal pasti sebagai antara penjana utama ekonomi negeri.

Sabah kaya khazanah alam semulajadi yang terbentang luas – dari gunung ke lembah, dari hutan belantara hingga ke dasar laut, dan dari spesies sekecil semut sehingga haiwan sebesar Orang Utan – semuanya adalah aset daya tarikan pelancong yang menyimpan nilai komersial cukup tinggi.

Pelancongan juga merupakan satu daripada aspek yang diberi penekanan dalam Halatuju Kemajuan dan Pembangunan Negeri Sabah. Ia menjadi kerangka tindakan dan pemangkin pembangunan, yang menggerakkan sektor ini sebagai enjin pertumbuhan.

Dengan perisytiharan tahun 2007 sebagai Tahun Melawat Malaysia (TMM), maka Tanjung Simpang Mengayau turut mendapat tempias manfaatnya. Sempena TMM 2007 ini, berbagai usaha giat dilakukan untuk menarik kedatangan pelancong yang kebetulan pula bersempena dengan 50 tahun kemerdekaan negara kita.

Di peringkat negeri, adalah diharapkan agar tindakan lebih agresif dilaksanakan untuk merealisasikan matlamat menarik kira-kira 2.7 juta pelancong datang ke negeri ini sepanjang tahun ini.

Berdasarkan pemerhatian saya, Tanjung Simpang Mengayau sudah popular merata tempat hingga ke seluruh dunia. Beberapa kumpulan pelancong asing datang silih berganti pada hari itu selain deretan kenderaan konvoi pelancong tempatan.

Cuma mungkin ada beberapa perkara perlu dipertingkatkan segera. Paling penting ialah jalan raya sejauh kira-kira 10 kilometer masuk ke lokasi yang belum diturap. Ia harus diberi perhatian segera sekiranya kerajaan negeri komited untuk membangunkan industri pelancongan di utara Sabah.

Jika jalan berkenaan sudah berturap, perjalanan menjadi lancar dan sudah tentu semakin ramai pelancong berminat untuk berkunjung ke situ.

Kawasan gerai makan dan kraftangan yang ada di situ cukup bersih dan tersusun indah. Syabas dan tahniah kepada pasangan pengusaha di situ kerana mereka bukan sekadar berniaga, tetapi turut menjadi `pemandu pelancong’ dengan memberikan penerangan ringkas mengenai sejarah tempat tersebut.


Pengusaha tersebut juga sangat mesra dengan pengunjung, malahan memberikan layanan terbaik tanpa membezakan antara pelancong asing atau tempatan. Syabas dan sekalung tahniah kepada mereka, semoga rezeki terus berkembang dan tumbuh subur di Tanjung Simpang Mengayau.

Bercakap mengenai soal pelancongan, saya merasakan semua pihak bertanggungjawab untuk menentukan kemajuan industri ini terus berkembang pesat di negeri Sabah. Ia tidak terletak pada bahu kerajaan atau pemimpin semata-mata, tetapi juga rakyat pada keseluruhannya perlu mengembleng tenaga.

Dari pengamatan saya, dalam konteks negeri Sabah, banyak perkara kecil yang harus diberi keutamaan kerana perkara kecil ini mungkin membawa kesan atau impak besar jika tidak ditangani dengan sebaik-baiknya. Saya sebutkan beberapa hal kecil untuk direnung bersama.

Perrtama dan terpenting sekali, sikap para penyambut pelancong kita – mereka ini termasuk pemandu pelancong (tour guide), pemandu teksi, petugas hotel, polis pelancong, pelayan restoran/kedai makan dan peniaga gerai kraftangan serta orang ramai sendiri (yang berkemungkinan terserempak dengan pelancong ketika berjalan-jalan). Semua mereka ini perlu bersikap ramah dan mesra kerana mereka akan memberi gambaran terhadap sikap atau perangai orang Sabah sendiri di mata pelancong asing yang datang.

Kedua, soal kebersihan tempat awam – seperti tandas awam, gerai makan dan kawasan pelancongan. Semua kawasan ini perlu dipastikan berkeadaan bersih dan tidak tercemar kerana ia juga memberi gambaran negatif terhadap budaya masyarakat kita di mata pelancong asing. Dalam konteks Simpang Mengayau, saya bangga kerana aspek ini diberi perhatian dan keutamaan oleh pengusahanya.

Ketiga, masalah pengemis kakilima dan kanak-kanak jalanan. Ini bukan rahsia lagi kerana jika kita berjalan-jalan di sekitar bandar raya Kota Kinabalu sekarang ini pun, kita pasti terserampak dengan pengemis yang mundar-mandir di kaki lima dan masuk ke kedai-kedai kopi meminta sedekah, atau kanak-kanak jalanan pengilap kasut atau menjaja bermacam-macam barangan. Kedua-dua gejala ini, jika tidak diberi perhatian, sudah tentu memberi gambaran negatif kepada imej negeri kita, khususnya Kota Kinabalu sebagai pintu masuk utama ke negeri ini.



Sebahagian daripada pemandangan di Tanjung Simpang Mengayau.


Berbalik pada kunjungan ke Kudat, nyata daerah itu sudah mengamit hati dan perasaan kami untuk berkunjung lagi. Kawasan pekannya juga bersih, apatah lagi pemandangan pesisir lautnya yang dibangunkan sebagai destinasi pelancongan.

Kalau dahulu Tanjung Simpang Mengayau ditakuti kerana sinonim sebagai tempat persembunyian lanun, tetapi ia kini didekati dan dirapati saban hari lantaran keindahan semulajadi dengan sejarah yang tersendiri.

Terimakasih Tanjung Simpang Mengayau. Kami pasti akan berkunjung lagi!

Destinasi Pelancongan di Malaysia.

Destinasi Pelancongan di Malaysia


          
Daripada kajian kami di internet ramai rakyat Malaysia masih tercari-cari Destinasi Pelancongan di Malaysia dan tempat-tempat menarik di Malaysia. Ini terbukti menunjukkan rakyat Malaysia masih lagi kurang pengetahuan mengenai destinasi pelancongan di Malaysia. Tidak menghairankan juga ada sesetengah masyarakat di negeri-negeri yang mereka tinggal juga tidak mengetahui tempat-tempat menarik di tempat mereka sendiri.  Destinasi Pelancongan di Malaysia semakin hari semakin mendapat nama di mata dunia. Banyak tempat-tempat menarik yang gemar dikunjungi pelancong di seluruh dunia. Antaranya ialah melihat alam semulajadi hutan, sungai, laut dan tempat bersejarah. Destinasi Pelancongan di Malaysia sememangnya terkenal dari utara, timur, barat, Sabah dan Sarawak. Negara kita juga kaya dengan kepelbagaian fauna dan flora. Jadi tidak hairanlah banyak Taman Botani yang terdapat di Malaysia. Sektor Agro-pelancongan juga semakin hari semakin menguntungkan ramai pengusaha resort, chalet dan sebagainya. Agensi Pelancongan juga mula menjadi tumpuan kerana memberi tawaran yang menarik. Anda bebas ke mana sahaja dengan menaiki kapal terbang kerana tiketnya juga tidak mahal jika kena waktunya.

Destinasi Pelancongan di Malaysia.

Destinasi Pelancongan di Pantai Timur



Pantai Timur Semenanjung merangkumi Kelantan, Terengganu dan Pahang. la selalunya dirujuk sebagai nadi budaya Melayu di mana tradisi dipulihara di tengah-tengah gaya hidup desa. Pelawat pasti akan menyedari betapa berbezanya keadaan di sini dengan pantai barat – yang tidak begitu ramai penduduk, penempatan yang lebih kecil dan gaya hidup yang lebih tenang, santai dan yang lebih berasaskan hasil tanah.
Tontoni salah satu daripada permainan kegemaran di waktu lapang seperti permainan gasing dan wau dan saksikan juga bagaimana tukang mahir bekerja di industri kotej. Jangan abaikan kunjungan untuk meninjau kesibukan pasar di Kota Bharu dan Kuala Terengganu.


Terdapat pantai yang terbentang serta kedamaian kampung nelayan di sepanjang pantai timur. Kepulauan luar pesisir menjadi tarikanutama dengan chalet yang ringkas dan pusat peranginan bertaraf tinggi. Di sekitar Kuantan terdapat beberapa pusat peranginan, di Cherating penginapan kebanyakannya dalam bentuk chalet gaya-desa. Mengindahkan lagi suasana ialah penyu yang bertelur di sepanjang sesetangah pantai yang berpasir.


Pantai Beserah berhampiran Kuantan ialah tempat kerbau menarik tangkapan ikan pada waktu tertentu dalam setahun. Perairan di sekitar pulau seperti Perhentian, Redang, Kapas dan Tioman menyediakan persekitaran yang hebat untuk sukan menyelam.
Tasik Kenyir di pendalaman merupakan lokasi popular bagi pemancing ikan. la adalah tasik buatan manusia terbesar di rantau ini, manakala Taman Negara merupakan taman negara utama yang boleh dilawati dari mana-mana tiga negeri di pantai timur

Tuesday, 12 April 2011

Budaya Malaysia

Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum, budaya dan bahasa. Orang Melayu merupakan komuniti terbesar yang memainkan peranan terpenting dalam politik negara. Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia), merupakan bahasa utama negara ini. Rakyat berketurunan Minangkabau, Bugis dan Jawa boleh digolongkan sebagai "Melayu" mengikut takrifan perlembagaan, tetapi juga boleh bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing. Bahasa Inggeris juga meluas di kawasan bandaraya utama. Mengikut perlembagaan, semua orang Melayu beragama Islam, namun budaya Melayu memperlihatkan pengaruh kuat dari agama Hindu, Buddha dan animisme, tetapi semua ini telah diketepikan atau diharamkan sejak pergerakan pengislaman pada 1980-an dan 1990-an. Memandangkan sesiapa sahaja umat Islam yang berbahasa Melayu menikmati keistimewaan bumiputera, ramai umat Islam bukan Melayu mengamalkan bahasa, adat dan pemakaian Melayu akhir-akhir ini, terutamanya kaum India Muslim di Semenanjung dan Kadayan di Borneo.
Kaum bumiputera bukan Melayu terbesar di Malaysia ialah kaum Iban dari Sarawak, yang seramai 600,000 orang, diikuti kaum Bidayuh yang seramai 170,000 orang dan tertumpu di kawasan barat daya Sarawak. Kaum peribumi terbesar di Sabah pula ialah Kadazan yang kebanyakannya beragama Kristian dan mengusahakan sawah padi. Di Semenanjung ada 140,000 Orang Asli yang terdiri daripada pelbagai kelompok etnik. Kebanyakan puak minoriti ini, baik di Semenanjung mahupun di Borneo, mengikut tradisi pemburu-pengumpul yang berpindah-randah, terutamanya kaum Punan, Penan dan Senoi. Malangnya, tanah pusaka dan tempat berburu mereka makin berkurangan akibat tuntutan kerajaan yang memaksa mereka ke tanah yang kurang subur hingga mengancam cara hidup tradisional mereka.
Malaysia diduduki oleh sebuah masyarakat Cina seramai enam juta orang yang kebanyakannya adalah keturunan para penghijrah dari China Selatan pada abad ke-18 dan ke-19 kerana tertarik oleh peluang lumayan melombong emas di Tanah Melayu, di samping melarikan diri daripada peperangan dan ketaktentuan politik di negara asal mereka. Tidak dilupakan satu suku Cina yang berkahwin dengan orang Melayu dan berasimilasi dengan budaya Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu Cina Peranakan yang pernah mekar di Pulau Pinang dan Melaka sewaktu zaman penjajahan Eropah.
Masyarakat India di Malaysia pula kebanyakannya adalah suku Tamil. Mereka adalah keturunan penghijrah India yang bekerja sebagai pedagang, guru atau pekerja mahir yang lain, tetapi sesetengah mereka dipaksa oleh penjajah British untuk mengusahakan dusun.
Sebilangan kecil rakyat Malaysia berketurunan kaukasia dan bertutur dalam bahasa kriol, seperti Kristang (terbitan bahasa Portugis), dan Zamboangueño Chavacano (terbitan bahasa Sepanyol). Kaum minoriti lain di Malaysia termasuk orang Siam, Burma, Cham dan Khmer.

Monday, 11 April 2011

Sejarah Malaysia

Sejarah Malaysia (سجاره مليسيا) adalah baru berbanding cabang dari sejarah dunia Melayu-Indonesia yang lebih luas. Secara budaya dan bahasa, terdapat apabila sehingga masa baru sedikit untuk membezakan wilayah dimana sekarang mengandungi Malaysia dari tanah daripada Kepulauan Melayu. Kini dunia Melayu dibahagi kepada enam negeri - Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Timor Timur – secara besar akibat dari pengaruh luar.
Sejarah awal Malaysia bermula dengan kewujudan manusia awal berusia 40,000 tahun yang ditemui di Kompleks Gua Mulu dan kompleks gua niah, Sarawak. Secara dasarnya sejarah negara ini telah melalui empat zaman utama sejarah manusia iaitu Prasejarah, Proto Sejarah, Zaman Pertengahan dan Zaman Kolonial.
Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui di Selat Melaka. Penemuan beberapa tapak arkeologi Zaman Proto Sejarah membuktikan wujud petempatan pesisir pantai seawal abad ke-2 Masihi lagi. Ia membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke-10 adalah merupakan penemepatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, dan Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis pada tahun 1511 diikuti oleh Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau koloni di Selat Melaka.
Manakala di Borneo pula, kewujudan kerajaan purba Marudu sebelum abad ke-13 Masehi dan Santubung lebih awal lagi membuktikan telah wujud entiti politik yang mendahului kewujudan Kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu